Tuesday, May 26, 2009
Monday, May 25, 2009
Dari Meja Unit Latihan ......
Sekapur Sirih
Assalamualaikum....
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapatlah kita menatap blog Unit Latihan bagi tatapan semua warga hospital dan orang awam yang mana blog ini merupakan blog yang pertama diterbitkan di Unit Latihan. Saya berasa bangga kerana kami di Unit Latihan berjaya menerajui latihan di Hospital Umum Sarawak. Sebagai satu unit yang menyediakan latihan kepada pegawai dan kakitangan di Hospital Umum Sarawak, kami akan terus melaksanakan tugas dan amanat dengan penuh gigih,cekap,cepat dan berintegeriti. Menerusi amanat tersebut, kami akan terus bersemangat untuk kerja berpasukan untuk menjadikan program latihan adalah yang terunggul di Hospital Umum Sarawak.
Sekian Terima Kasih
Pn. Kamilawati Bt Kamil
Ketua Unit Latihan
Seksyen Sumber Manusia HUS.
Objektif
Matlamat utama blog ini adalah untuk memberi dan berkongsi maklumat dan info terkini kepada kakitangan HUS mengenai aktiviti yang terdapat dan telah dijalankan di Unit Latihan. Melalui blog ini juga pihak kami di Unit Latihan mampu memberi dan berkongsi maklumat terkini megenai program-program latihan yang akan diadakan. Selaras juga dengan Visi & Misi dan Motto di unit kami iaitu membangunkan sumber manusia melalui latihan yang unggul,cekap dan berkesan dalam melahirkan pekerja yang berkaliber di Hospital Umum Sarawak.
Latar Belakang Unit Latihan
Untuk menjadikan program latihan adalah yang terunggul di Hospital Umum Sarawak.
Misi
Membangunkan sumber manusia di Hospital Umum Sarawak melalui Latihan yang berkualiti.
Moto
Latihan untuk kecemerlangan.
Unit Latihan
Di Seksyen Sumber Manusia terdapat beberapa pecahan unit yang menjadi tulang belakang atau penggerak di sekyen ini. Unit Latihan adalah salah satu pecahan unit yang terdapat di dalam seksyen tersebut. Unit Latihan ini diterajui oleh empat wanita berkaliber bagi memastikan segala urusan berkaitan dengan unit latihan ini berjalan dengan lancar. Di tampok pentadbiran, ketua unit ini diterajui oleh Puan Kamilawati Bt Kamil merangkap ketua di unit latihan ini dan dibantu oleh tiga sokongan hebat iaitu Puan Debbie Valerie Harold, Puan Caroline ak Bublin dan Puan Zurina Abdul Wahab.
Fungsi Utama Unit Latihan
1.Memberi Kursus kepada semua staf Hospital Umum Sarawak.
2 Sebagai perantaraan di antara pihak Kementerian dan staf atau dari agensi luar kepada staf mengenai apa-apa jemputan kursus, taklimat atau bengkel.
3.Menyempurnakan tanggungjawab supaya semua pegawai dan kakitangan dapat memenuhi syarat 7 hari berkursus seperti mana yang disarankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Perkhidmatan Yang Disediakan
1.Memberi kursus kepada semua staf HUS.
2.Mengendalikan segala urusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Biro Tatanegara
4.Mengendalikan urusan proses kursus Pos Basik.
5.Mengendalikan urusan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia samada peperiksaan perkhidmatan awam atau
peperiksaan kenaikan pangkat.
6.Menjadi “forwarding agency” untuk staf yang ingin mengikuti Kursus Peningkatan
Perawatan Kesihatan Tahap 1 (Urusetia) dan Kursus Induksi di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
7.Apa-apa urusan mengenai latihan samada yang dianjurkan di Hospital atau Agensi Luar.
Ketua Unit Latihan Seksyen Sumber Manusia
e) Kursus Anjuran Dalaman

Nama : Pn. Zurina Abdul Wahab
Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) N17
Tugas-tugas yang dikendalikan :
1.Memasukkan dan mengemaskini rekod kursus dari setiap jabatan,seksyen dan unit ke dalam sistem latihan.
2.Mengumpul dan menyediakan laporan kursus dibawah Peruntukan Pembangunan Modal Insan RMK bagi latihan dalam perkhidmatan.
3.Mengumpul dan mendokumentasikan rekod Pelaksanaan CPD-PTK.
4.Melaksanakan tugasan di dalam pengendalian kursus atau latihan yang dianjurkan untuk kakitangan Hospital Umum Sarawak.
5.Mengedar surat tawaran kursus/seminar/bengkel dan lain-lain dari agensi luar.