Sekapur Sirih
Assalamualaikum....
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapatlah kita menatap blog Unit Latihan bagi tatapan semua warga hospital dan orang awam yang mana blog ini merupakan blog yang pertama diterbitkan di Unit Latihan. Saya berasa bangga kerana kami di Unit Latihan berjaya menerajui latihan di Hospital Umum Sarawak. Sebagai satu unit yang menyediakan latihan kepada pegawai dan kakitangan di Hospital Umum Sarawak, kami akan terus melaksanakan tugas dan amanat dengan penuh gigih,cekap,cepat dan berintegeriti. Menerusi amanat tersebut, kami akan terus bersemangat untuk kerja berpasukan untuk menjadikan program latihan adalah yang terunggul di Hospital Umum Sarawak.
Sekian Terima Kasih
Pn. Kamilawati Bt Kamil
Ketua Unit Latihan
Seksyen Sumber Manusia HUS.
Objektif
Matlamat utama blog ini adalah untuk memberi dan berkongsi maklumat dan info terkini kepada kakitangan HUS mengenai aktiviti yang terdapat dan telah dijalankan di Unit Latihan. Melalui blog ini juga pihak kami di Unit Latihan mampu memberi dan berkongsi maklumat terkini megenai program-program latihan yang akan diadakan. Selaras juga dengan Visi & Misi dan Motto di unit kami iaitu membangunkan sumber manusia melalui latihan yang unggul,cekap dan berkesan dalam melahirkan pekerja yang berkaliber di Hospital Umum Sarawak.
No comments:
Post a Comment