Selamat Datang ke Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia, Hospital Umum Sarawak
Jalan Hospital 93586 Kuching

Monday, May 25, 2009

Latar Belakang Unit Latihan

Visi
Untuk menjadikan program latihan adalah yang terunggul di Hospital Umum Sarawak.

Misi
Membangunkan sumber manusia di Hospital Umum Sarawak melalui Latihan yang berkualiti.

Moto
Latihan untuk kecemerlangan.

Unit Latihan

Di Seksyen Sumber Manusia terdapat beberapa pecahan unit yang menjadi tulang belakang atau penggerak di sekyen ini. Unit Latihan adalah salah satu pecahan unit yang terdapat di dalam seksyen tersebut. Unit Latihan ini diterajui oleh empat wanita berkaliber bagi memastikan segala urusan berkaitan dengan unit latihan ini berjalan dengan lancar. Di tampok pentadbiran, ketua unit ini diterajui oleh Puan Kamilawati Bt Kamil merangkap ketua di unit latihan ini dan dibantu oleh tiga sokongan hebat iaitu Puan Debbie Valerie Harold, Puan Caroline ak Bublin dan Puan Zurina Abdul Wahab.

Fungsi Utama Unit Latihan

1.Memberi Kursus kepada semua staf Hospital Umum Sarawak.
2 Sebagai perantaraan di antara pihak Kementerian dan staf atau dari agensi luar kepada staf mengenai apa-apa jemputan kursus, taklimat atau bengkel.
3.Menyempurnakan tanggungjawab supaya semua pegawai dan kakitangan dapat memenuhi syarat 7 hari berkursus seperti mana yang disarankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Perkhidmatan Yang Disediakan

1.Memberi kursus kepada semua staf HUS.
2.Mengendalikan segala urusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Biro Tatanegara
4.Mengendalikan urusan proses kursus Pos Basik.
5.Mengendalikan urusan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia samada peperiksaan perkhidmatan awam atau
peperiksaan kenaikan pangkat.
6.Menjadi “forwarding agency” untuk staf yang ingin mengikuti Kursus Peningkatan
Perawatan Kesihatan Tahap 1
(Urusetia) dan Kursus Induksi di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
7.Apa-apa urusan mengenai latihan samada yang dianjurkan di Hospital atau Agensi Luar.

Staf Unit Latihan

Nama : Puan Kamilawati Bt Kamil
Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 )
Ketua Unit Latihan Seksyen Sumber Manusia


Tugas-tugas yang dikendalikan :
1.Menyelia dan memantau permohonan peperiksaan penilaian tahap kecekapan bagi semua pegawai kumpulan sokongan Hospital Umum Sarawak.
2.Menyelia dalam proses permohonan kursus dari kementerian /Jabatan lain/ agensi luar/badan berkanun seperti :
a) Kursus Anjuran INTAN
b) Kursus Anjuran JKN
c) Kursus Anjurab KKM
d) Kursus Anjuran JPA
e) Kursus Anjuran IPN
3.Memproses segala permohonan peperiksaan perkhidmatan untuk kumpulan sokongan bagi
tujuan pengesahan jawatan -ISAC.
4.Menyelia semua permohonan kursus dan peperiksaan dalam perkhidmatan bagi semua pegawai Hospital Sarawak seperti :
a) Kursus Pos Basik-Kumpulan Sokongan
b) Kursus Induksi Umum & Khusus- Kumpulan Pengurusan & Profesional/Kumpulan Sokongan.
5.Memantau proses pernohonan dan penempatan pelajar elektif/latihan industri dan praktikum.
6.Menyelia dan mengemaskini bagi rekod latihan semua pegawai Hospital Umum Sarawak di
dalam sistem latihan.
7.Memantau dalam pengumpulan laporan,perlaksanaan Continuing Profesional Development
(CPD)-PTK bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi.
8.Membantu dalam pemantauan permohonan peruntukan dibawah Pembangunan Modal Insan
RMK9 bagi Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Hospital Umum Sarawak.
10.Memantau dalam penerimaan surat tawaran dari agensi swasta dan memastikan tawaran kursus tersebut disalurkan ke bahagian yang berkenaan.

Nama : Pn. Debbie Valerie Harold
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

Tugas-tugas yang dikendalikan:
1.Memproses segala permohonan kursus bagi semua kategori pegawai di Hospital Umum Sarawak
a) Kursus Anjuran INTAN
b) Kursus Anjuran JPA
c) Kursus Anjuran IPN
d) Kursus Anjuran KKM
e) Kursus Anjuran Dalaman
2.Memproses permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Separuh Gaji bagi Jumpulan Sokongan
di Hospital Umum Sarawak.
3.Membantu di dalam pengendalian kursus atau latihan yang dianjurkan samada dalaman atau
luaran
4.Membuat pelbagai edaran kursus/latihan kepada kakitangan.
5.Memproses segala permohonan peperiksaan dalam perkhidmatan :
a) Untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan
b) Kenaikan pangkat secara lantikan
c) Peperiksaan lain yang berkaitan.
6.Memproses urusan latihan Latihan Peningkatan Tahap Kecekapan bagi Pembantu PerawatKesihatan
7.Memproses urusan Latihan Peningkatan Tahap Kecekapan bagi Pembantu Perawatan Kesihatan.
8.Membantu menyelaras penempatan pelajar elektif dari luar negara.
9.Mengumpul dan mengedar sijil Latihan Peningkatan PPk, kursus & keputusan PTK (sokongan) kepada kakitangan
10.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Nama: Pn. Caroline Bublin Alin
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Tugas-tugas yang dikendalikan :
1.Memproses segala permohonan kursus bagi semua kategori pegawai Hospital Umum Sarawak :
a) Kursus Pos Basik
b) Induksi Umum/Khusus
c) Biro Tatanegara
d)Program Sarjana Perubatan ( Master Program) dan Kursus Subkepakaran bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
2.Memproses urusan Peperiksaan dan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (TK) bagi Kumpulan
Pengurusan dan Profesional.
3.Membantu di dalam pengendalian Kursus 'Internal' dan 'External' untuk kakitangan Hospital
Umum Sarawak.
4.Membuat pelbagai edaran Kursus/Latihan kepada kakitangan.
5.Memproses permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/Separuh Gaji bagi Kumpulan Pengurusan
dan Profesional.
6.Membantu meproses Penempatan Amali/Industri/Praktikum Pelajar dari IPTA dan IPTS
7.Mengumpul dan mengedarkan sijil-sijil Latihan dan sijil keputusan Kursus Induksi & BTN keputusan PTK (Kump PP) dan lain-lain sijil kepada kakitangan.
8.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari masa ke semasa.

Nama : Pn. Zurina Abdul Wahab
Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) N17

Tugas-tugas yang dikendalikan :
1.Memasukkan dan mengemaskini rekod kursus dari setiap jabatan,seksyen dan unit ke dalam sistem latihan.
2.Mengumpul dan menyediakan laporan kursus dibawah Peruntukan Pembangunan Modal Insan RMK bagi latihan dalam perkhidmatan.
3.Mengumpul dan mendokumentasikan rekod Pelaksanaan CPD-PTK.
4.Melaksanakan tugasan di dalam pengendalian kursus atau latihan yang dianjurkan untuk kakitangan Hospital Umum Sarawak.
5.Mengedar surat tawaran kursus/seminar/bengkel dan lain-lain dari agensi luar.

No comments:

Post a Comment